Kami warga SK Sempang dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- memberikan perkhidmatan yang bersih, cekap dan dedikasi dalam membentuk insan yang harmonis dan berhemah;
- mengamalkan budaya masyarakat penyayang;
- bersedia menerima teguran dan sentiasa mengutamakan pelanggan;
- melahirkan pelajar yang berketrampilan, kreatif dan inovatif;
- menjawab surat-surat pelanggan dalam tempoh tiga hari;
- mengambil tindakan yang wajar atas segala aduan dan teguran pelanggan dalam masa tiga hari;
- menepati masa bertugas setiap waktu.