Rabu, 28 Mac 2012

Lawatan Sambil Belajar PPKI ke Pusat Terapi IPGKPM

Tarikh: 28 Mac 2012 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Anjung Budiman, IPGKPM



Program Pendidikan Khas Integrasi SK Sempang dan SK Batu Gajah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Terapi IPGKPM.  Tujuan lawatan tersebut antara lainnya untuk melihat dengan lebih dekat prasarana terapi yang terdapat di sana, selain memberi pengalaman sebenar kepada murid untuk menggunakannya. 

Taklimat disampaikan oleh En. Azman b. Nordin, pensyarah Pendidikan Khas IPGKPM


Lawatan ke Bilik P&P



Tidak dapat dilawati kerana sedang diselenggara

En. Amerrudin b. Othman memberi penerangan dan tunjuk cara tentang penggunaan alatan di  Bilik Sensori-Integrasi (SI)


(Gambar: Koleksi admin)

Jumaat, 9 Mac 2012

Cuti Pertengahan Penggal 1

Sumber: honeynfizz.blogspot.com

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah! Yang pastinya, tidak semua guru dan murid SK Sempang yang bercuti penuh kerana kelas tambahan dan latihan bola baling, bola jaring serta olahraga akan dijalankan sepanjang cuti sekolah.

Berusahalah!

Rabu, 7 Mac 2012

Majlis Tilawah al-Quran Sekolah Rendah Kawasan Merlimau 2012

Tarikh: 7 Mac 2012
Hari: Rabu
Pengelola: SK Parit Penghulu


Berikut ialah nama peserta MTQ SK Sempang:

Tilawah (L): Muhammad Hafizudin bin Hamizi
Tilawah (P): Saidatul Najihah binti Abdul Razak
Hafazan (L): Muhammad Hazim Asyraf bin Mohd. Haznizam
Hafazan (P): Nur Farah binti Ab. Latip
Pertandingan Bercerita (L): Muhammad Amir Asyraf bin Azhari
Pertandingan Bercerita (P): Nur Haliza binti Bidin


Dalam pertandingan tersebut, Nur Haliza binti Bidin telah merangkul gelaran naib johan dalam Pertandingan Bercerita (P) dengan kisah "Nabi Nuh dan Bahteranya".

Nur Haliza binti Bidin mempersembahkan ceritanya yang bertajuk "Nabi Nuh dan Bahteranya" semasa perhimpunan rasmi


Tahniah diucapkan kepada Nur Haliza atas kejayaannya. Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang telah melatih para peserta untuk pertandingan ini.

(Gambar ehsan: Koleksi admin)

Selasa, 6 Mac 2012

Kem Bestari Solat 1 (Tahap 1 & 2)

Tarikh: 
Tahap 2: 6 Mac 2012 (Selasa), Tahap 1: 8 Mac 2012 (Khamis) 
Masa: 
2.00 - 4.00 petang


Tahap 2








Tahap 1



Isnin, 5 Mac 2012

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 5-7 Mac 2012 (Isnin - Rabu)
Tempat: Dewan Japerun Lipat Kajang
Pengelola: SMK Jasin


Seramai 5 orang murid SK Sempang telah bermain mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka.  Pasukan Merlimau telah muncul johan bagi kategori regu dan pemenang tempat ketiga bagi kategori berpasukan. Lebih membanggakan lagi, 2 orang murid SK Sempang dipilih untuk mewakili negeri Melaka di Kejohanan Sepak Takraw MSS Peringkat Kebangsaan.

Syabas kepada pasukan Merlimau dan para pemain serta guru pembimbing sepak takraw SK Sempang!





(Gambar ehsan: En. Raimy b. Ismail)

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 28 & 29 Februari 2012 (Selasa & Rabu)
Tempat: SMK Notre Dame

Seramai 2 orang murid SK Sempang telah mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka yang telah berlangsung selama 2 hari di SMK Notre Dame. Kedua-dua pasukan L12 dan P12 telah muncul naib johan dalam kejohanan tersebut.  Tn. Hj. Mohd. Nasib bin Hamzah, Guru Besar SK Sempang telah menyampaikan pingat dan sijil kepada kedua-dua murid berkenaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 

Noorazwan bin Rusli (6 Dedikasi)
Anis Ezati binti Jabarudin (6 Bestari)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan bola tampar dan khususnya 2 murid SK Sempang yang turut menyumbang tenaga mengharumkan nama kawasan Merlimau.

Khamis, 1 Mac 2012

Hari Kantin 2012

Tarikh: 1 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 2.30 petang
Tempat: Tapak Perhimpunan
Sasaran: Warga SK Sempang













(Gambar ehsan: En. Mohd. Shafik b. Abdul Rahman)