Isnin, 5 Mac 2012

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 5-7 Mac 2012 (Isnin - Rabu)
Tempat: Dewan Japerun Lipat Kajang
Pengelola: SMK Jasin


Seramai 5 orang murid SK Sempang telah bermain mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka.  Pasukan Merlimau telah muncul johan bagi kategori regu dan pemenang tempat ketiga bagi kategori berpasukan. Lebih membanggakan lagi, 2 orang murid SK Sempang dipilih untuk mewakili negeri Melaka di Kejohanan Sepak Takraw MSS Peringkat Kebangsaan.

Syabas kepada pasukan Merlimau dan para pemain serta guru pembimbing sepak takraw SK Sempang!





(Gambar ehsan: En. Raimy b. Ismail)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan