Memaparkan catatan dengan label koku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koku. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2012

Kejohanan Boling Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Ampang Superbowl, Mahkota Parade


Seramai 5 orang murid, 2 guru pelatih dan 2 pembantu pengurusan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut mengikut kategori masing-masing. Tahun ini mencatatkan penyertaan paling banyak di peringkat zon Merlimau iaitu seramai 213 orang. Mereka  yang telah mewakili sekolah adalah seperti berikut:

Kategori P12
1) Sharifah Aniza bt. Saed Kechik
2) Nur Faizzah bt. Edisan

Kategori L14
1) Abdul Rahman b. Ahmad
2) Azman b. Abdul Khalid
3) Noorsaiefuddin b. Nooraladdin

Kategori Guru Perempuan
1) Cik Nurul Najwa bt. Awang
2) Cik Raihan bt. Rajab

Kategori PPM
1) Pn. Siti Khairiyah bt. Yon
2) Pn. Zurainah bt. Rahmat

Adik Sharifah Aniza bt. Saed Kechik telah berjaya muncul naib johan Kategori P12 dengan catatan 109 jatuhan pin.  Syabas diucapkan!


Pingat disampaikan oleh Pn. Azizah bt. Junap, GPK Pendidikan Khas SK Parit Penghulu


Lagi gambar sepanjang kejohanan...





(Gambar: Koleksi admin)

Rabu, 28 Mac 2012

Lawatan Sambil Belajar PPKI ke Pusat Terapi IPGKPM

Tarikh: 28 Mac 2012 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Anjung Budiman, IPGKPM



Program Pendidikan Khas Integrasi SK Sempang dan SK Batu Gajah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Terapi IPGKPM.  Tujuan lawatan tersebut antara lainnya untuk melihat dengan lebih dekat prasarana terapi yang terdapat di sana, selain memberi pengalaman sebenar kepada murid untuk menggunakannya. 

Taklimat disampaikan oleh En. Azman b. Nordin, pensyarah Pendidikan Khas IPGKPM


Lawatan ke Bilik P&P



Tidak dapat dilawati kerana sedang diselenggara

En. Amerrudin b. Othman memberi penerangan dan tunjuk cara tentang penggunaan alatan di  Bilik Sensori-Integrasi (SI)


(Gambar: Koleksi admin)

Selasa, 6 Mac 2012

Kem Bestari Solat 1 (Tahap 1 & 2)

Tarikh: 
Tahap 2: 6 Mac 2012 (Selasa), Tahap 1: 8 Mac 2012 (Khamis) 
Masa: 
2.00 - 4.00 petang


Tahap 2








Tahap 1



Isnin, 5 Mac 2012

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 5-7 Mac 2012 (Isnin - Rabu)
Tempat: Dewan Japerun Lipat Kajang
Pengelola: SMK Jasin


Seramai 5 orang murid SK Sempang telah bermain mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka.  Pasukan Merlimau telah muncul johan bagi kategori regu dan pemenang tempat ketiga bagi kategori berpasukan. Lebih membanggakan lagi, 2 orang murid SK Sempang dipilih untuk mewakili negeri Melaka di Kejohanan Sepak Takraw MSS Peringkat Kebangsaan.

Syabas kepada pasukan Merlimau dan para pemain serta guru pembimbing sepak takraw SK Sempang!





(Gambar ehsan: En. Raimy b. Ismail)

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 28 & 29 Februari 2012 (Selasa & Rabu)
Tempat: SMK Notre Dame

Seramai 2 orang murid SK Sempang telah mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka yang telah berlangsung selama 2 hari di SMK Notre Dame. Kedua-dua pasukan L12 dan P12 telah muncul naib johan dalam kejohanan tersebut.  Tn. Hj. Mohd. Nasib bin Hamzah, Guru Besar SK Sempang telah menyampaikan pingat dan sijil kepada kedua-dua murid berkenaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 

Noorazwan bin Rusli (6 Dedikasi)
Anis Ezati binti Jabarudin (6 Bestari)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan bola tampar dan khususnya 2 murid SK Sempang yang turut menyumbang tenaga mengharumkan nama kawasan Merlimau.

Khamis, 1 Mac 2012

Hari Kantin 2012

Tarikh: 1 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 2.30 petang
Tempat: Tapak Perhimpunan
Sasaran: Warga SK Sempang













(Gambar ehsan: En. Mohd. Shafik b. Abdul Rahman)

Rabu, 29 Februari 2012

Pemilihan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

Tarikh: 29 Februari 2012 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Padang SK Seri Mendapat