Isnin, 16 Julai 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR...

Sumber: muslimcircle.wordpress.com

Seluruh warga SK Sempang mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR kepada semua murid Tahun 6.  Semoga segala usaha dan kesungguhan selama ini membuahkan hasil, insya-Allah.

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012


Selamat Hari Guru diucapkan kepada warga pendidik SK Sempang dan juga yang berada di seluruh pelosok Malaysia.

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops. ~Henry Adams


P.s. Takziah diucapkan kepada Pn. Juraimi binti Osman sekeluarga atas pemergian ayahandanya yang tersayang ke rahmatullah.  Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan para solihin.  Al-Fatihah.

Isnin, 14 Mei 2012

Salam Takziah...

Salam takziah diucapkan kepada Pn. Halimah binti Ahmad dan keluarga atas pemergian ibunya yang tercinta, Allahyarhamah Irpah binti Ahmad ke Rahmatullah.  Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.                Al-Fatihah. 

Selasa, 10 April 2012

Kejohanan Boling Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Ampang Superbowl, Mahkota Parade


Seramai 5 orang murid, 2 guru pelatih dan 2 pembantu pengurusan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut mengikut kategori masing-masing. Tahun ini mencatatkan penyertaan paling banyak di peringkat zon Merlimau iaitu seramai 213 orang. Mereka  yang telah mewakili sekolah adalah seperti berikut:

Kategori P12
1) Sharifah Aniza bt. Saed Kechik
2) Nur Faizzah bt. Edisan

Kategori L14
1) Abdul Rahman b. Ahmad
2) Azman b. Abdul Khalid
3) Noorsaiefuddin b. Nooraladdin

Kategori Guru Perempuan
1) Cik Nurul Najwa bt. Awang
2) Cik Raihan bt. Rajab

Kategori PPM
1) Pn. Siti Khairiyah bt. Yon
2) Pn. Zurainah bt. Rahmat

Adik Sharifah Aniza bt. Saed Kechik telah berjaya muncul naib johan Kategori P12 dengan catatan 109 jatuhan pin.  Syabas diucapkan!


Pingat disampaikan oleh Pn. Azizah bt. Junap, GPK Pendidikan Khas SK Parit Penghulu


Lagi gambar sepanjang kejohanan...





(Gambar: Koleksi admin)

Rabu, 28 Mac 2012

Lawatan Sambil Belajar PPKI ke Pusat Terapi IPGKPM

Tarikh: 28 Mac 2012 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Anjung Budiman, IPGKPM



Program Pendidikan Khas Integrasi SK Sempang dan SK Batu Gajah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Terapi IPGKPM.  Tujuan lawatan tersebut antara lainnya untuk melihat dengan lebih dekat prasarana terapi yang terdapat di sana, selain memberi pengalaman sebenar kepada murid untuk menggunakannya. 

Taklimat disampaikan oleh En. Azman b. Nordin, pensyarah Pendidikan Khas IPGKPM


Lawatan ke Bilik P&P



Tidak dapat dilawati kerana sedang diselenggara

En. Amerrudin b. Othman memberi penerangan dan tunjuk cara tentang penggunaan alatan di  Bilik Sensori-Integrasi (SI)


(Gambar: Koleksi admin)

Jumaat, 9 Mac 2012

Cuti Pertengahan Penggal 1

Sumber: honeynfizz.blogspot.com

Selamat bercuti kepada semua warga sekolah! Yang pastinya, tidak semua guru dan murid SK Sempang yang bercuti penuh kerana kelas tambahan dan latihan bola baling, bola jaring serta olahraga akan dijalankan sepanjang cuti sekolah.

Berusahalah!

Rabu, 7 Mac 2012

Majlis Tilawah al-Quran Sekolah Rendah Kawasan Merlimau 2012

Tarikh: 7 Mac 2012
Hari: Rabu
Pengelola: SK Parit Penghulu


Berikut ialah nama peserta MTQ SK Sempang:

Tilawah (L): Muhammad Hafizudin bin Hamizi
Tilawah (P): Saidatul Najihah binti Abdul Razak
Hafazan (L): Muhammad Hazim Asyraf bin Mohd. Haznizam
Hafazan (P): Nur Farah binti Ab. Latip
Pertandingan Bercerita (L): Muhammad Amir Asyraf bin Azhari
Pertandingan Bercerita (P): Nur Haliza binti Bidin


Dalam pertandingan tersebut, Nur Haliza binti Bidin telah merangkul gelaran naib johan dalam Pertandingan Bercerita (P) dengan kisah "Nabi Nuh dan Bahteranya".

Nur Haliza binti Bidin mempersembahkan ceritanya yang bertajuk "Nabi Nuh dan Bahteranya" semasa perhimpunan rasmi


Tahniah diucapkan kepada Nur Haliza atas kejayaannya. Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang telah melatih para peserta untuk pertandingan ini.

(Gambar ehsan: Koleksi admin)

Selasa, 6 Mac 2012

Kem Bestari Solat 1 (Tahap 1 & 2)

Tarikh: 
Tahap 2: 6 Mac 2012 (Selasa), Tahap 1: 8 Mac 2012 (Khamis) 
Masa: 
2.00 - 4.00 petang


Tahap 2








Tahap 1



Isnin, 5 Mac 2012

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 5-7 Mac 2012 (Isnin - Rabu)
Tempat: Dewan Japerun Lipat Kajang
Pengelola: SMK Jasin


Seramai 5 orang murid SK Sempang telah bermain mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka.  Pasukan Merlimau telah muncul johan bagi kategori regu dan pemenang tempat ketiga bagi kategori berpasukan. Lebih membanggakan lagi, 2 orang murid SK Sempang dipilih untuk mewakili negeri Melaka di Kejohanan Sepak Takraw MSS Peringkat Kebangsaan.

Syabas kepada pasukan Merlimau dan para pemain serta guru pembimbing sepak takraw SK Sempang!





(Gambar ehsan: En. Raimy b. Ismail)

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 28 & 29 Februari 2012 (Selasa & Rabu)
Tempat: SMK Notre Dame

Seramai 2 orang murid SK Sempang telah mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka yang telah berlangsung selama 2 hari di SMK Notre Dame. Kedua-dua pasukan L12 dan P12 telah muncul naib johan dalam kejohanan tersebut.  Tn. Hj. Mohd. Nasib bin Hamzah, Guru Besar SK Sempang telah menyampaikan pingat dan sijil kepada kedua-dua murid berkenaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 

Noorazwan bin Rusli (6 Dedikasi)
Anis Ezati binti Jabarudin (6 Bestari)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan bola tampar dan khususnya 2 murid SK Sempang yang turut menyumbang tenaga mengharumkan nama kawasan Merlimau.

Khamis, 1 Mac 2012

Hari Kantin 2012

Tarikh: 1 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 2.30 petang
Tempat: Tapak Perhimpunan
Sasaran: Warga SK Sempang













(Gambar ehsan: En. Mohd. Shafik b. Abdul Rahman)

Rabu, 29 Februari 2012

Pemilihan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

Tarikh: 29 Februari 2012 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Padang SK Seri Mendapat