Isnin, 5 Mac 2012

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 28 & 29 Februari 2012 (Selasa & Rabu)
Tempat: SMK Notre Dame

Seramai 2 orang murid SK Sempang telah mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka yang telah berlangsung selama 2 hari di SMK Notre Dame. Kedua-dua pasukan L12 dan P12 telah muncul naib johan dalam kejohanan tersebut.  Tn. Hj. Mohd. Nasib bin Hamzah, Guru Besar SK Sempang telah menyampaikan pingat dan sijil kepada kedua-dua murid berkenaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 

Noorazwan bin Rusli (6 Dedikasi)
Anis Ezati binti Jabarudin (6 Bestari)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan bola tampar dan khususnya 2 murid SK Sempang yang turut menyumbang tenaga mengharumkan nama kawasan Merlimau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan