Memaparkan catatan dengan label permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permainan. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2012

Kejohanan Boling Pendidikan Khas Zon Merlimau 2012

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Ampang Superbowl, Mahkota Parade


Seramai 5 orang murid, 2 guru pelatih dan 2 pembantu pengurusan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut mengikut kategori masing-masing. Tahun ini mencatatkan penyertaan paling banyak di peringkat zon Merlimau iaitu seramai 213 orang. Mereka  yang telah mewakili sekolah adalah seperti berikut:

Kategori P12
1) Sharifah Aniza bt. Saed Kechik
2) Nur Faizzah bt. Edisan

Kategori L14
1) Abdul Rahman b. Ahmad
2) Azman b. Abdul Khalid
3) Noorsaiefuddin b. Nooraladdin

Kategori Guru Perempuan
1) Cik Nurul Najwa bt. Awang
2) Cik Raihan bt. Rajab

Kategori PPM
1) Pn. Siti Khairiyah bt. Yon
2) Pn. Zurainah bt. Rahmat

Adik Sharifah Aniza bt. Saed Kechik telah berjaya muncul naib johan Kategori P12 dengan catatan 109 jatuhan pin.  Syabas diucapkan!


Pingat disampaikan oleh Pn. Azizah bt. Junap, GPK Pendidikan Khas SK Parit Penghulu


Lagi gambar sepanjang kejohanan...





(Gambar: Koleksi admin)

Isnin, 5 Mac 2012

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 5-7 Mac 2012 (Isnin - Rabu)
Tempat: Dewan Japerun Lipat Kajang
Pengelola: SMK Jasin


Seramai 5 orang murid SK Sempang telah bermain mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka.  Pasukan Merlimau telah muncul johan bagi kategori regu dan pemenang tempat ketiga bagi kategori berpasukan. Lebih membanggakan lagi, 2 orang murid SK Sempang dipilih untuk mewakili negeri Melaka di Kejohanan Sepak Takraw MSS Peringkat Kebangsaan.

Syabas kepada pasukan Merlimau dan para pemain serta guru pembimbing sepak takraw SK Sempang!





(Gambar ehsan: En. Raimy b. Ismail)

Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka

Tarikh: 28 & 29 Februari 2012 (Selasa & Rabu)
Tempat: SMK Notre Dame

Seramai 2 orang murid SK Sempang telah mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka yang telah berlangsung selama 2 hari di SMK Notre Dame. Kedua-dua pasukan L12 dan P12 telah muncul naib johan dalam kejohanan tersebut.  Tn. Hj. Mohd. Nasib bin Hamzah, Guru Besar SK Sempang telah menyampaikan pingat dan sijil kepada kedua-dua murid berkenaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. 

Noorazwan bin Rusli (6 Dedikasi)
Anis Ezati binti Jabarudin (6 Bestari)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan bola tampar dan khususnya 2 murid SK Sempang yang turut menyumbang tenaga mengharumkan nama kawasan Merlimau.

Isnin, 20 Februari 2012

Penyampaian Pingat dan Sijil Kejohanan Sepak Takraw dan Bola Tampar MSS Kawasan Merlimau

Tarikh: 20 Februari 2012
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Susila, SK Sempang


Kejayaan:
Tempat kedua dan keempat dalam Kejohanan Sepak Takraw MSS Sekolah Rendah Kawasan Merlimau
Tempat kedua dalam Kejohanan Bola Tampar MSS Sekolah Rendah Kawasan Merlimau bagi kategori P12
5 murid telah dipilih untuk mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Sepak Takraw MSS Sekolah Rendah Negeri Melaka dan 2 murid (lelaki dan perempuan) dalam Kejohanan Bola Tampar MSS Sekolah Rendah Negeri Melaka

Penyampaian pingat dan sijil kepada pasukan sepak takraw disempurnakan oleh
Tn. Hj. Mohd. Nasib b. Hamzah, Guru Besar SK Sempang

3 pasukan sepak takraw bersama-sama guru pembimbing dan pihak pentadbir
(Belakang dari kiri: Muhammad Amirul b. Mohd. Azizan, Zahran Arifin b. Mohd. Fizry, Muhammad Arif b. Mohd. Hizan, Muhammad Shazwan b. Mohd. Said & Muhammad Aliff Aiman b. Nor Razan Fitry.  Tengah dari kiri: Ahmad Syahiran b. Maidin, Muhd. Hafizudin b. Hamizi, Muhammad Alif b. Amerludin, Muhammad Syarul Aidil b. M. Zulkifli, Akmal Afiq Hakimi b. Alizan & Muhamad Airul Nizam b. Rusli. Depan dari kiri: En. Mohd. Shafik b. Abdul Rahman, Tn. Hj. Mohd. Nor b. Md. Salleh, Tn. Hj. Mohd. Nasib b. Hamzah, En. Aznal b. Datuk Hj. Abu & En. Raimy b. Ismail)      

5 pemain sekolah yang akan mewakili kawasan Merlimau ke peringkat negeri bergambar bersama-sama pentadbir dan guru pembimbing
(Dari kiri belakang: Muhammad Alif b. Amerludin, Muhammad Amirul b. Mohd. Azizan, Muhammad Arif b. Mohd. Hizan, Akmal Afiq Hakimi b. Alizan & Muhammad Syarul Aidil b. M. Zulkifli.  Dari kiri hadapan: En. Mohd. Shafik b. Abdul Rahman,
Tn. Hj. Mohd. Nor b. Md. Salleh, Tn. Hj. Mohd. Nasib b. Hamzah, En. Aznal b. Datuk Hj. Abu &
En. Raimy b. Ismail)

Pasukan bola tampar P12 bergambar bersama-sama pentadbir dan guru pembimbing
(Belakang dari kiri: Nur Iffah Amierah bt. Fadrol Razman, Aisyah Farhana bt. Md. Shah, Fatin Natasha bt. Jamal, Nur Shuhadah bt. Rohaizat & Nur Qamardiny bt. Alizan. Tengah dari kiri: Pn. Hjh. Zaharah bt. Hamzah, Anis Adibah bt. Abu Bakar, Nadhirah bt. Khalid, Fatin Amirah bt. Mohmad Azahar, Liyana Asmiza bt. Jasmi, Suhailah bt. Mokhtar, Dayang Suraya bt. Ibrahim, Anis Ezati bt. Jabaruddin & Pn. Siti Radziyah bt. Eim Daik.  Duduk dari kiri: Tn. Hj. Mohd. Nor b. Md. Salleh, Tn. Hj. Mohd. Nasib b. Hamzah, En. Aznal b. Datuk Hj. Abu & 
En. Razmannazri b. Mat Shah)



(Gambar ehsan: Koleksi admin)

Jumaat, 17 Februari 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSM Sekolah Rendah Kawasan Merlimau

Tarikh: 15-16 Februari 2012
Hari: Rabu & Khamis
Tempat: Dewan Japerun Lipat Kajang
Tuan Rumah: SK Parit Gantung


SK Sempang telah menghantar sebanyak 3 pasukan untuk menyertai kejohanan ini. Berikut ialah keputusan akhir kejohanan:

                             Pertama: SK Pulai 'B'
                             Kedua: SK Sempang 'C'
                             Ketiga: SK Merlimau
                             Keempat: SK Sempang 'B'

     Daripada ketiga-tiga pasukan, seramai 5 orang murid telah terpilih untuk mewakili kawasan Merlimau ke Kejohanan Sepak Takraw MSS Negeri Melaka. Latihan pusat akan dijalankan di SMK Seri Kota.  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan SK Sempang atas kejayaan mereka.  Tahniah juga diucapkan kepada En. Raimy b. Ismail, En. Mohd. Shafik b. Abdul Rahman dan tidak dilupakan juga En. Abd. Rahman b. Md. Yatim, bekas guru SK Sempang yang telah melatih pasukan sekolah sejak awal lagi dan mengiringi mereka ke kejohanan tersebut.

Rabu, 15 Februari 2012

Kejohanan Bola tampar MSSM Sekolah Rendah Kawasan Merlimau

Tarikh: 13-15 Februari 2012
Hari: Selasa - Khamis
Tempat: SK Parit Penghulu

Pasukan bola tampar L12 dan P12 SK Sempang telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSM Sekolah Rendah Kawasan Merlimau bertempat di padang SK Parit Penghulu yang merupakan tuan rumah untuk tahun kedua.  Walaupun pasukan L12 kecundang di pusingan awal, pasukan P12 muncul sebagai pemenang tempat ketiga setelah berjaya menundukkan pasukan SK Parit Penghulu.

Pasukan Bola Tampar P12 bersama En. Razmannazri b. Mat Shah dan Pn. Hjh. Zaharah bt. Hamzah selaku jurulatih dan guru pengiring 
Berikut ialah keputusan kejohanan:
                       Kategori L12
                       Pertama: SJK (C) Merlimau
                       Kedua: SJK (C) Pay Min
                       Ketiga: SK Merlimau
                       Keempat: SK Parit Penghulu


                       Kategori P12
                       Pertama: SJK (C) Merlimau
                       Kedua: SK Bukit Tembakau
                       Ketiga: SK Sempang
                       Keempat: SK Parit Penghulu


Dua orang pemain dari pasukan SK Sempang telah berjaya dipilih untuk mewakili kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka, iaitu adik Noorazwan bin Rusli dan adik Anis Ezati binti Jabaruddin. Warga SK Sempang mengucapkan tahniah kepada pasukan P12 dan guru-guru yang terlibat, khususnya En. Razmannazri b. Mat Shah, Pn. Hjh. Zaharah bt. Hamzah dan tidak lupa juga kepada En. Khairuddin b. Abd. Jalil, bekas guru SK Sempang yang tanpa penat dan jemu melatih pasukan bola tampar sekolah untuk kemenangan pada tahun ini.


(Gambar ehsan: Adik Dayang Suraya bt. Ibrahim)