Rabu, 15 Februari 2012

Kejohanan Bola tampar MSSM Sekolah Rendah Kawasan Merlimau

Tarikh: 13-15 Februari 2012
Hari: Selasa - Khamis
Tempat: SK Parit Penghulu

Pasukan bola tampar L12 dan P12 SK Sempang telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSM Sekolah Rendah Kawasan Merlimau bertempat di padang SK Parit Penghulu yang merupakan tuan rumah untuk tahun kedua.  Walaupun pasukan L12 kecundang di pusingan awal, pasukan P12 muncul sebagai pemenang tempat ketiga setelah berjaya menundukkan pasukan SK Parit Penghulu.

Pasukan Bola Tampar P12 bersama En. Razmannazri b. Mat Shah dan Pn. Hjh. Zaharah bt. Hamzah selaku jurulatih dan guru pengiring 
Berikut ialah keputusan kejohanan:
                       Kategori L12
                       Pertama: SJK (C) Merlimau
                       Kedua: SJK (C) Pay Min
                       Ketiga: SK Merlimau
                       Keempat: SK Parit Penghulu


                       Kategori P12
                       Pertama: SJK (C) Merlimau
                       Kedua: SK Bukit Tembakau
                       Ketiga: SK Sempang
                       Keempat: SK Parit Penghulu


Dua orang pemain dari pasukan SK Sempang telah berjaya dipilih untuk mewakili kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah MSS Negeri Melaka, iaitu adik Noorazwan bin Rusli dan adik Anis Ezati binti Jabaruddin. Warga SK Sempang mengucapkan tahniah kepada pasukan P12 dan guru-guru yang terlibat, khususnya En. Razmannazri b. Mat Shah, Pn. Hjh. Zaharah bt. Hamzah dan tidak lupa juga kepada En. Khairuddin b. Abd. Jalil, bekas guru SK Sempang yang tanpa penat dan jemu melatih pasukan bola tampar sekolah untuk kemenangan pada tahun ini.


(Gambar ehsan: Adik Dayang Suraya bt. Ibrahim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan