Tip #1: Mengembara
Mengembara ke negara asing membolehkan kita membiasakan diri dengan persekitaran sebenar bahasa tersebut.
Tip #2: Jangan malu melakukan kesilapan
Mula bercakap dari sekarang. Elakkan kecenderungan menterjemah bahasa yang ingin dikuasai ke bahasa ibunda kerana hanya itulah cara terpantas untuk memahirkan diri.
Tip #3: Menghafal ayat-ayat mudah
Cuba kuasai ayat-ayat mudah yang biasa dituturkan setiap hari.
Tip #4: Mencatat
Catat sebarang perkataan atau ayat mudah yang tidak difahami. Kemudian, cari perkataan yang berkaitan di dalam kamus dan catat. Gunakan perkataan yang baru dipelajari itu dalam perbualan harian.
Tip #5: Menggunakan "cognates"
Lazimnya, terdapat perkataan yang hampir sama (ejaan) dalam bahasa yang berlainan. Ini dinamakan "cognates". Kuasai dan ini membantu kita memperkaya lagi perbendaharaan kata dalam pelbagai bahasa lain.
Lazimnya, terdapat perkataan yang hampir sama (ejaan) dalam bahasa yang berlainan. Ini dinamakan "cognates". Kuasai dan ini membantu kita memperkaya lagi perbendaharaan kata dalam pelbagai bahasa lain.
Tip #6: Televisyen, muzik dan buku
Menonton televisyen, mendengar muzik dan membaca adalah cara yang menyeronokkan untuk menguasai bahasa. Ia sangat membantu dari segi kemahiran sebutan dan pemahaman.
Tip #7: Bahasa tubuh
Perhatikan gerak tubuh pasangan yang sedang bercakap. Bahasa tubuh sangat membantu dalam pemahaman bahasa verbal.
Tip #8: Emosi
Gunakan bahasa baru untuk menggambarkan perasaan kita. Ini kerana gambaran emosi selalunya akan kekal dalam ingatan.
Tip #9: Pembelajaran berkumpulan
Dengan adanya kumpulan rakan untuk berlatih bertutur, ini membolehkan kita belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain.
Tip #10: Berlatih bertutur
Bahasa adalah sesuatu yang hidup dan memerlukan latihan. Menghadiri kelas tidak bermakna jika kita tidak membiasakan diri dengan bahasa tersebut. Alah bisa, tegal biasa.
P.S. Bahan di atas adalah sekadar intipati untuk dikongsi dan bukan terjemahan keseluruhan teks asal.
P.S. Bahan di atas adalah sekadar intipati untuk dikongsi dan bukan terjemahan keseluruhan teks asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan