Selasa, 17 Januari 2012

Kejohanan Merentas Desa 2012

Tarikh: 17 Januari 2012
Hari: Selasa
Masa: 5.00 - 6.00 petang

   Seramai 113 orang murid telah menyertai Kejohanan pada kali ini. Pelaksanaan pada tahun ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya di mana penyertaan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.  


    Para peserta telah dilepaskan oleh Tn. Hj. Mohd. Nor bin Md. Salleh, GPK Kokurikulum dan En. Raimy bin Ismail, Setiausaha Sukan Sekolah Kebangsaan Sempang.  Sebanyak 12 check point yang dikawal oleh para guru telah ditetapkan di sepanjang laluan. 

     Berikut ialah senarai pemenang:

Kategori Lelaki
Johan: Mohd Syarul Aidil bin M. Zulkifli (Merah)
Naib Johan: Noorazwan bin Rusli (Merah)
Ketiga: Mohd. Shazwan bin Mohd. Said (Merah)

Kategori Perempuan
Johan: Roslina binti Roslan (Merah)
Naib Johan: Nur Atikah binti Suhaimi (Hijau)
Ketiga: Aila Maisarah binti Zakaria (Biru)

Kutipan mata rumah keseluruhan setakat ini adalah seperti berikut:
Merah: 114 mata
Hijau: 68 mata
Biru: 58 mata
Kuning: 47 mata

     Mata terkumpul akan diambil kira dalam pengiraan mata keseluruhan Sukan Mini 2012 pada bulan Oktober nanti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan